Friday 20 July 2012

Etika Perubatan Dalam Islam

Etika Doktor Islam



Para doktor dan perawat Islam bukan sahaja dikehendaki untuk mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang kedoktoran, malah mereka perlu mempunyai adab serta akhlak yang mulia.
Perkara-perkara yang penting berkaitan etika doktor terhadap pesakitnya seperti doktor dan para perawat perlulah mempunyai keimanan yang kuat. Mereka percaya kepada Allah dan rasul serta melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhi larangan-Nya. Mereka juga perlu mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi, khususnya dalam bidang perawatan dan mampu mengendalikan masalah dan tabiat manusia. Mereka perlu senyum selalu, bersifat sabar, pemaaf, adil dan sentiasa mencetuskan keceriaan terhadap pesakit dan keluarga mereka. Mereka sepatutnya berakhlak mulia, bercakap dengan lunak dan mempunyai tingkah laku lemah lembut dan bersopan. Doktor dan para perawat mestilah menghayati bahawa hidup dan mati itu adalah hak Allah. Para doktor perlulah menunjukkan tauladan yang baik dengan menjaga kesihatan diri. Mereka perlu menunjukan tauladan tentang kaedah-kaedah penjagaan kesihatan enggan menjauhkan tabiat dan perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Mereka perlulah ikhlas dan benar dalam percakapan, tulisan dan laporan. Mereka juga perlulah mempunyai sifat tawaduk dan rendah diri, mereka tidak ujub,riak atau angkuh. Para doktor perlulah mengikut kemajuan dan perkembangan ilmu sains perubatan demi untuk melengkapkan diri mereka dalam kaedah ujian dan rawatan yang termoden dan terkini.

Kepentingan Etika Perubatan Islam



Sebelum mengurangkan skop penyelidikan dan menunjukkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam analisis sekarang, ada baiknya disebutkan di sini kepentingan ini.
Terdapat hampir satu billion penganut Islam di dunia. Kebanyakkan mereka tinggal di Dunia Muslim yang merentangi pantai Atlantik di barat ke pedalaman Cina dan Malaysia di Timur. Pada masa yang sama, kita tidak dapat menafikan bahawa kebanyakkan mereka menetap di Eropah, Amerika dan Kanada dan di beberapa tempat di Amerika Selatan. Jadi, orang-orang Islam tidak hidup terpisah dan menyedari perkembangan di sekeliling mereka dalam bidang sains, teknologi, perubatan dan lain-lain. Teknologi Biomedic, salah satu cabang sains moden, adalah satu realiti dan tidak boleh dipandang ringan. Banyak penyelidikan telah dan sedang dijalankan dalam lapangan ini dengan tujuan mengawal kehidupan dan kematian. Sama ada orang-orang Muslim tinggal di Dunia Muslim atau di luarnya, mereka berada dalam dilemma apabila berhadapan dengan inovasi teknologi. Berdasarkan keadaan inilah kita dapat menilai kesalahan setengah-setengah dari isu-isu Biomedic berdasarkan etika Islam seperti disebutkan terdahulu,etika tidak bebas dari Syari¶ah dan kepentingan inovasi teknologi di sisi Syari¶ah.

Hadith Dan Ilmu Perubatan

Hadith-hadith perubatan daripada Rasulullah s.a.w bolelah dikategorikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah hadith yang menggalakkan rawatan perubatan apabila sakit dan memberikan prinsip-prinsip yang amat luas tentang kesihatan. Bahagian yang kedua pula merangkumi kenyataan-kenyataan yang dikenali oleh Rasulullah s.a.w tentang penyakit tertentu dan masalah-masalah kesihatan dan juga kaedah-kaedah rawatan samada secara secara spiritual atau secara perubatan. Yang ketiga ialah peranan hadith dalam hasil-hasil tulisan Perubatan Nabi-Nabi.
Satu kenyataan yang menyeluruh daripada Rasulullah s.a.w. dalam tulisan hadith ialah:
³Tuhan menurunkan rawatan bagi setiap penyakit´, atau ³ada ubat bagi setiap penyakit iaitu jika ubat yang betul digunakan terhadap sesuatu penyakit,dangan redha Tuhan, kesihatan akan kembali´. Hadith ini mempunyai satu titik teologi yang mustahak-iaitu ubat-ubat bertindak terhadap pelbagai penyakit melalui kehendak Tuhan. Kebanyakan hadith itu merupakan nasihat tentang makanan dan minuman serta bersifat pencegahan. Ini adalah prinsip mustahak dalam penjagaan kesihatan pada zaman praIslam Arab. Sebagai contohnya, nasihat yang melarang terlampau kenyang atau makan terlalu cepat, banyak dibincangkan dalam hadith-hadith. Kebersihan juga banyak dibincangkan, malahan, berwudhuk sebelum solat yang melibatkan pembasuhan tangan, muka, kaki, gigi sebelum solat subuh. Hadith yang menceritakan, ³jasad seseorang mempunyai hak keatas dirinya´.

Nabi Muhammad s.a.w pernah mencadangkan beberapa rawatan untuk orang sakit. terdapat hadith yang menyakan bahawa Rasulullah s.a.w ada mencadangkan bekam(pengeluaran darah dari sesetengah urat) dan penggunaan madu sebagai penyembuh penyakit. Bagi sesetengah penyakit dalam perut, baginda sendiri menggunakan minuman yang diperbuat daripada kulit bijirin, susu dan madu. Tetapi, seperti yang telah dinyatakan oleh Ibn Khaldun, mungkin cara ini telah diambil oleh baginda daripada tradisi perubatan orang-orang Arab Zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, terdapat juga suatu hadith yang bertentangan dengan beberapa jenis penyakit dan cara rawatannya. Sebagai contoh, terdapat suatu hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah melarang penyelaran yang telah menjadi kebiasaan orang-orang Arab untuk rawatan penyakit pada daging. Tetapi terdapat juga hadith yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan penggunaannya malah digunakan sendiri pada pejuang-pejuang Islam yang luka dalam peperangan. Hadith yang awal tidaklah bersyarat, yang hanya disebut oleh Rasulullah s.a.w. adalah, ³walaupun ia adalah baik untuk memulihkan kesihatan, aku melarang masyarakatku daripada penyelaran´15. Para pengulas hadith yang percaya bahawa penyelaran adalah betul, menyatakan larangannya hanya boleh diambil sekiranya ia dianggap satu cara yang boleh menyembuhkan, seperti yang dipercayai oleh orang-orang Arab sebelum kebangkitan Islam.

No comments:

Post a Comment